Page 9 - KOMPILASI PBL (PROJECT-BASED LEARNING) VERSI PKP PPD TAWAU
P. 9

Yang Berusaha Dr. Mistirine binti Radin
                                    Pengarah Pendidikan NegeriSabah




                                              KATA ALU-ALUAN


              Salam sejahtera, salam perpaduan kepada semua murid dan warga pendidikan
              negeri Sabah.

              Salam SABAH HEBAT Katakan Tidak Kepada Nombor 16 dan Salam PPD
              Tawau Ikhlas Memacu Kecemerlangan.

              Terlebih dahulu tahniah diucapkan kepada AJK penyelaras dan sidang editor atas
              kejayaan menerbitkan e-Book Kompilasi Bahan Pembelajaran Berasaskan

              Projek (Project Based Learning - PBL) Versi Perintah Kawalan Pergerakan
              Pejabat Pendidikan Daerah Tawau Tahun 2020 yang istimewa ini. Terima kasih

              kerana memberi kesempatan dan peluang untuk saya mencoretkan sepatah dua
              kata dalam kompilasi e-Bookini.

              Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga saya tujukan kepada

              semua murid dan warga guru daerah Tawau yang telah menyumbangkan hasil
              aktiviti PdP yang menggunakan kaedah Project Based Learning (PBL) ini. PBL
              ini juga merupakan salah satu kaedah pembelajaran semasa PKP yang mampu

              menggalakkan pembelajaran secara berterusan. Selain itu, PBL ini juga memberi
              pendedahan kepada murid tentang dunia sebenar, membuka minda murid ke arah

              tujuan dan matlamat hidup yang melibatkan fizikal, minda dan emosi secara aktif
              disamping membekalkan juga murid dengan ilmu dan kemahiran Pembelajaran
              Abad Ke-21 (PAK21).










                                                                                                  9
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14