Page 116 - BUKU PENGURUSAN SK TAMAN DATO HARUN (SATU) 2022_2023_COMPLETE
P. 116

D.  TANGGUNGJAWAB PENYELARAS



                     1.  Mengatur dan menyelia perjalanan aktiviti persatuan / kelab, badan
                        beruniform dan sukan / permainan.

                     2.  Menyedia jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat.

                     3.  Menyelaras semua aktiviti kokurikulum.

                     4.  Menyedia borang kebenaran ibu bapa / penjaga untuk murid menyertai

                        aktiviti.

                     5.  Menentukan laporan aktiviti, surat menyurat dan minit mesyuarat difailkan
                        dengan baik.

                     6.  Memastikan mesyuarat agong dan pemilihan ahli jawatankuasa diadakan

                        setiap tahun pada tarikh yang ditetapkan.

                     7.  Mengurus buku, buku log, dan kad kokurikulum seperti:

                          x  Mengagihkan kad kokurikulum kepada guru untuk diedar kepada murid
                              pada tarikh ditetapkan,

                          x  Mengumpul kad tersebut semula pada akhir tahun untuk simpanan dan

                              rekod.

                     8.  Menyediakan borang / buku yang diperlukan untuk aktiviti:

                          x  Borang penyertaan.
                          x  Borang senarai ahli jawatankuasa dan ahli.

                          x  Buku laporan aktiviti.

                     9.  Mengumpulkan buku aktiviti untuk edaran , rujukan dan rekod.

                     10. Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian
                        kokurikulum sekolah.
   111   112   113   114   115   116   117   118   119   120   121