Page 120 - BUKU PENGURUSAN SK TAMAN DATO HARUN (SATU) 2022_2023_COMPLETE
P. 120
G. GURU PENASIHAT SUKAN & PERMAINAN
1. Bertindak melalui setiausaha kokurikulum dan mematuhi arahan-arahannya.
2. Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli
Jawatankuasa.
3. Memastikan ada perlembagaan dan peraturan.
4. Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti seperti:
x Latihan
x Pertandingan
x Kejurulatihan
x Pengadilan pertandingan
5. Menghantar jadual / rancangan aktiviti tahunan pada awal tahun.
6. Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam
Perlembagaan.
7. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar.
8. Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
9. Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan Pasukan Sukan/
Permainan.
10. Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda/peralatan diurus
dengan baik.
11. Memastikan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktiviti disediakan dan
difailkan.
12. Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan
kepada ahli-ahli.
13. Mengurus penyertaan ahli-ahli dalam kegiatan di peringkat sekolah/zon/
daerah dalam lawatan atau projek yang dijalankan.
14. Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli.
15. Menandatangani Buku Kehadiran Ahli.
16. Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit
yang diwakili.
17. Menggunakan segala daya usaha untuk menubuhkan pasukan sekolah yang kuat.
18. Menentukan kawalan disiplin para pemain memuaskan.
19. Menghadiri mesyuarat / kursus permainan sekiranya perlu.

