Page 117 - BUKU PENGURUSAN SK TAMAN DATO HARUN (SATU) 2022_2023_COMPLETE
P. 117
E. GURU PENASIHAT UNIT BERUNIFORM
1. Melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran dan pengetahuan yang
diperlukan untuk menasihati dan membimbing ahli-ahli menjalankan aktiviti
pasukannya. Ia termasuklah menghadiri kurusus jika perlu.
2. Menubuhkan dan menjadi penasihat dalam jawatankuasa unit beruniform.
3. Mendaftar ahli-ahli dengan pergerakan di peringkat daerah / negeri.
4. Mengelolakan aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan tujuan dan matlamat
pasukan tersebut.
5. Bersama AJK pasukan merancang program tahunan dan menghantar satu
salinan kepeda Setiausaha Unit Beruniform.
6. Mengiringi dan menjaga keselamatan ahli-ahli dalam lawatan sambil belajar
/ perkemahan dan semua program sama ada di dalam dan di luar sekolah.
7. Menyemak kehadiran ahli-ahli dan menandatangi laporan setiausaha dalam
buku laporan unit setiap kali perjumpaan.
8. Menyimpan dan menggunakan peruntukan kewangan dengan baik serta
menyimpan buku stok jika ada.
9. Menyimpan dan menggunakan peruntukan kewangan dengan baik serta
menyimpan kira-kira demgan kemas.
10. Bersama-sama jurulatih / pegawai luar menyelaras pengajaran kemahiran
yang sesuai untuk ahli-ahli.

