Page 77 - BUKU PENGURUSAN SK TAMAN DATO HARUN (SATU) 2022_2023_COMPLETE
P. 77
(B) UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING
Pengerusi : En. Musa b. Mohd Walid (Guru Besar)
Timbalan Pengerusi (Q 0RKG +L]ZDQ E &KH µ2QQ (PK HEM)
Naib Pengerusi 1 : En. S Ardi b. Hanadi (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 2 : Pn. Heng Siew Bee (PK Kokurikulum)
Naib Pengerusi 3 : Pn. Nur Junita bt. Abdul Latif (PK Petang)
Penyelaras : En. Mohd Faizul b. Razali
Penolong : Pn. Yasmin bt. Abdul Jalil
Ahli-ahli : Ketua Unit Disiplin dan Pengawas
: Guru Pendidikan Islam/Moral
: Guru Penyelaras Kokurikulum
: Guru Penyelaras Tahun 1 ± Tahun 6
: Guru Kebajikan
: Guru Pemulihan
: Guru Data
: Ketua-ketua Panitia Subjek Teras
PENGENALAN:
Perancangan ini bertujuan menjadikan Unit Bimbingan & Kaunseling berfungsi sebagai satu unit menangani murid-
murid yang bermasalah yang boleh menjejaskan pembelajaran mereka. Unit ini juga berperanan menjadi tempat
murid-murid mendapatkan nasihat dan bimbingan yang terbaik selain mendapatkan punca permasalahan untuk
diselesaikan.
OBJEKTIF:
1. Membantu pihak sekolah menyelesaikan permasalahan murid dalam pembelajaran.
2. Memastikan tindakan segera diambil bagi membantu murid yang berisiko.
3. Menanam kesedaran murid supaya tidak terlibat dengan masalah disiplin.
4. Mewujudkan hubungan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa / PIBG dalam tugas meningkatkan peratus
kehadiran murid.
SASARAN:
1. Semua warga sekolah.
JANGKA MASA:
1. Sepanjang tahun.
STRATEGI:
1. Membantu memberi khidmat nasihat kepada murid yang terlibat dengan masalah disiplin, penyalahgunaan
dadah dan inhalan.
2. Mengenal pasti dan memberi khidmat bimbingan dan kaunseling kepada pelajar yang kerap ponteng sekolah.
3. Bekerjasama dengan Unit Disiplin melakukan siasatan jika ada berlaku kes salah laku sederhana dan berat.
SENARAI TUGAS:
1. Menyelaras, merancang, melaksana, dan menilai semua program dan aktiviti Bimbingan dan Kaunseling di
peringkat sekolah.
2. Mengadakan hubungan yang erat dengan semua unit yang ada di sekolah termasuk guru dan murid.
3. Menganjurkan kursus, seminar, bengkel, dan lain-lain program/aktiviti Bimbingan dan Kaunseling untuk
murid, guru, kakitangan dan ibu bapa (PIBG).
4. Menyediakan laporan lengkap warga sekolah yang telah mengikuti sesi bimbingan dan kaunseling.
5. Bekerjasama erat dengan PPD, JPN, KPM dan agensi-agensi lain untuk menangani masalah di sekolah.
6. Menjalankan tugas yang diarah oleh Guru Besar dari masa ke semasa.
7. Mengadakan mesyuarat AJK sekurang-kurangnya 3 kali setahun.

