Page 78 - BUKU PENGURUSAN SK TAMAN DATO HARUN (SATU) 2022_2023_COMPLETE
P. 78
(C) UNIT PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa)
Pengerusi : En. Musa b. Mohd Walid (Guru Besar)
Timbalan Pengerusi (Q 0RKG +L]ZDQ E &KHµ 2QQ (PK HEM)
Naib Pengerusi 1 : En. S Ardi b. Hanadi (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 2 : Pn. Heng Siew Bee (PK Kokurikulum)
Naib Pengerusi 3 : Pn. Nur Junita bt. Abdul Latif (PK Petang)
Penyelaras : Pn. Yasmin bt. Abdul Jalil
Penolong : En. Mohd Faizul b. Razali
Setiausaha : Pn. Wahidah bt. Abd Manan
Ahli-ahli : Pn. Nur Shazleen bt. Abd Ghani
: Pn. Nurul Adawiyah bt. Rifli
: Pn. Fatin Atika Nabila bt. Jaafar
: Cik Nabilah bt. Saharuddin
: En. Mohd Farouk b. Abd Rahman
: Cik Azritawani bt. Ahmad@Othman
PENGENALAN:
Perancangan ini juga bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada murid-murid dan kakitangan sekolah
mengenai bahaya dadah dan inhalan serta membebaskan mereka daripada dadah dan ketagihan penghiduan
gam. Ia juga bertujuan untuk mewujudkan Sekolah Bebas Dadah dan Negara Bebas Dadah.
OBJEKTIF:
1. Membantu pihak sekolah menyelesaikan permasalahan murid dalam pembelajaran.
2. Mempertingkatkan kesedaran bahaya ancaman penggunaan dadah dan inhalan kepada semua warga
sekolah.
3. Membina kekuatan dalaman murid agar menjauhi dadah, rokok, alkohol, gam, termasuk HIV dan AIDS.
4. Menanam kesedaran supaya tidak terlibat dengan dadah.
5. Mewujudkan hubungan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa / AADK / polis / PEMADAM / Penjara dan
PIBG dalam tugas pencegahan dadah.
SASARAN:
1. Semua warga sekolah.
JANGKA MASA:
1. Sepanjang tahun.
STRATEGI:
1. Menghebahkan tentang kesan buruk akibat dadah dan penghiduan gam (inhalan).
2. Mengadakan ceramah dan pameran berkenaan dadah dan inhalan.
3. Mewujudkan Sudut PPDa.
4. Membantu memberi khidmat nasihat kepada murid yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan inhalan.
5. Menyediakan murid menyertai program dan aktiviti PPDa di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
6. Mewujudkan Kelab Pencegahan Jenayah yang terdiri dari murid-murid Tahap 2 (ikut kesesuaian).
SENARAI TUGAS:
1. Menyelaras, merancang, melaksana, dan menilai semua program dan aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah
di peringkat sekolah.
2. Mengawalselia perkembangan masalah dadah semasa di sekolah dengan mengumpul data dan segala
maklumat terkini dalam semua aspek tentang Pendidikan Pencegahan Dadah.
3. Mengadakan hubungan yang erat dengan semua unit yang ada di sekolah termasuk guru dan murid.
4. Menganjurkan kursus, seminar, bengkel, dan lain-lain program/aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah untuk
murid, guru, kakitangan dan ibu bapa (PIBG).
5. Menguruskan Program 5 Minit Anti Dadah setiap kali perhimpunan rasmi sekolah setiap hari Isnin.
6. Mengesan dan menangani masalah dadah di kalangan warga sekolah.
7. Menyediakan laporan lengkap warga sekolah yang terlibat dengan dadah/inhalan.
8. Bekerjasama erat dengan PPD, JPN, KPM dan agensi-agensi lain untuk menangani masalah di sekolah.

