Page 80 - BUKU PENGURUSAN SK TAMAN DATO HARUN (SATU) 2022_2023_COMPLETE
P. 80
5. Makanan hendaklah disediakan dalam keadaan bersih dan segar. Simpanan sayur/ikan/daging di dalam peti
sejuk hendaklah sesuai dan bersih.
6. Memastikan makanan yang hendak dijual, ditutup dengan tudung saji/kain maslin atau disimpan dalam bekas
yang bertutup bagi mengelakkan dihinggapi lalat dan sebagainya.
7. AJK kantin sekolah patutlah membaca dan memahami surat perjanjian tawaran kantin agar mereka sedar
apa yang sepatutnya dilakukan oleh pengusaha kantin sekolah.
8. Memastikan permukaan lantai kantin/meja kantin/longkang kantin hendaklah dibersihkan dengan sabun
sebelum dan sesudah digunakan.
9. Boleh menegur pengusaha kantin jika perlu.
10. Memastikan pihak pengusaha kantin berada di premis supaya mudah dihubungi.
11. Memaklumkan kepada pihak pengusaha kantin tentang hari-hari persekolahan.
12. Memastikan makanan yang disediakan untuk harian mencukupi.
13. Memastikan murid dan guru mempunyai tempat duduk yang mencukupi, selamat dan sesuai.
14. Membuat laporan mingguan dalam buku/borang laporan kantin.
15. Menyampaikan laporan bulanan kepada Guru Besar/Penolong Kanan HEM tentang prestasi kantin.
16. Mengadakan mesyuarat kantin sekurang-kurangnya 3 kali setahun dan perbincangan dari semasa ke
semasa.
17. Memastikan perkhidmatan dan layanan cepat dan mesra.

