Page 23 - Panduan Guru dan Murid Penggunaan Buku Teks BM T4 1SVM
P. 23
Aspek Tatabahasa
Modul 5 : Kata Adjektif
Standard Kandungan:
5.2 Memahami dan menggunakan golongan kata yang sesuai dalam pelbagai
bidang.
Standard Pembelajaran:
5.2.3 Mengenal pasti dan menggunakan golongan kata adjektif dengan betul
mengikut konteks.
Buku Teks : Halaman 88 - 89
Tema 7 : Demi Kedamaian
Tajuk : Jebak Digital
Aktiviti (2) : Kenal pasti kata adjektif dalam bahan. Kemudian gunakan semula dengan betulnya
mengikut konteks.
Jawapan : Halaman 236
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Nota
Tatabahasa
Kata Adjektif ( Kata Sifat )
• Kata adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat sesuatu benda, keadaan, atau perbuatan.
• Jenis kata adjektif:
a. Kata Sifat Keadaan : memberi makna keadaan kata nama yang diterangkan. Contoh : orang
jahat, budak pintar
b. Kata Sifat Warna : membawa makna warna untuk menerangkan kata nama. Contoh : langit
biru, bibir merah.
c. Kata Sifat Ukuran : menyatakan ukuran kata nama. Contoh : perahu panjang, pokok renek,
rumah kecil
d. Kata Sifat Bentuk : menerangkan mengenai bentuk kata nama. Contoh : jalan bengkok, mata
bulat, pinggan bujur
e. Kata Sifat Jarak : menerangkan kata nama dari segi ruang. Contoh : jalan pintas, kawan jauh.
f. Kata Sifat Waktu : memberi penjelasan konsep masa sebagai unsur keterangan. Contoh :
makanan segera, rumah baru, terlalu awal
g. Kata Sifat Cara : membawa makna keadaan kelakuan atau ragam untuk menerangkan kata
nama. Contoh : air deras, hujan lebat
h. Kata Sifat Perasaan : memberi pengertian kepada konsep perasaan yang terkandung dalam
sesuatu kata nama. Contoh : suka akan, penuh ragu
23 | azanablatif@gmail.com

