Page 27 - Panduan Guru dan Murid Penggunaan Buku Teks BM T4 1SVM
P. 27
Aspek Tatabahasa
Modul 6 : Kata Nama
Standard Kandungan:
5.2 Memahami dan menggunakan golongan kata yang sesuai dalam pelbagai bidang
Standard Pembelajaran:
5.2.1 Mengenal pasti dan menggunakan golongan kata nama dengan betul mengikut
konteks.
Buku Teks : Halaman 48 - 49
Tema 4 : Menjulang Harapan Di Bumi Bertuah
Tajuk : Realisasikan Impian
Aktiviti (2) : Kenal pasti golongan kata nama yang terdapat dalam petikan
Jawapan : Halaman 235
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Nota
Tatabahasa
Kata Nama
• Kata nama merujuk kepada sesuatu sama ada yang bernyawa atau yang tidak bernyawa.
• Kata nama terbahagi kepada Kata Nama Am, Kata Nama Khas dan Kata Ganti Nama.
a. Kata Nama Am
• Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti
orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat, benda, dan
sebagainya.
• Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.
• Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama am hidup dan kata nama am tak hidup.
• Kata nama am tidak hidup dibahagikan kepada tak hidup abstrak dan tak hidup konkrit.
Konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat.
Abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan.
manusia, orang guru, ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar
Hidup binatang harimau, ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan
tumbuh-tumbuhan paku pakis, pokok, betik, rumput, lalang
angin, haba, kepayahan, iklim, bahagia
Absrak
Tak gangguan, senyuman, bayangan,
hidup lampu, pasir, kayak, radio, rumah, motokar, pen, buku (benda)
Konkrit
rumah, pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar (tempat)
• Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.
27 | azanablatif@gmail.com

