Page 10 - NOOR FARAHIN BINTI ASHARI D20201093962 BUKU LOG KRS
P. 10

- Darah keluar terlalu banyak kerana saluran pembuluh darah telah terpotong dan
                   amat sukar untuk bercantum semula.




                   b) Luka Terkoyak
                   - Aliran darah kurang kerana saluran pembuluh darah terkoyak dan akan lebih cepat

                   bercantum. Darah beku akan kelihatan mengenangi pinggir-pinggir luka yang tercarik
                   dan senang tercemar.




                   c) Luka Tusukan
                   - Luka dalaman yang serius. Senang terdedah kepada jangkitan kerana kuman yang

                   terbawa bersama kedalaman luka itu.



                   d) Calar Balar
                   - Kelihatan biru kehitaman kerana darah terkumpul di bawah kulit. Hanya saluran

                   bawah kulit telah pecah disebabkan terjatuh, tergelincir, hentakan atau berlaga.

                   Kehitaman mata/lebam juga termasuk calar balar.



                   2. LUKA TERTUTUP
                   - Pendarahan hanya berlaku di dalam tubuh dan boleh menyebabkan kesakitan dan

                   renjatan. Kadang-kala darah mungkin keluar melalui hidung, mulut, telinga, najis, air

                   kencing atau pun muntah. Kadang-kala kelihatan lebam dan ada kalanya tanda luaran
                   langsung tidak kelihatan.



                   MENGHENTIKAN PENDARAHAN

                   - Jika darah hilang terlalu banyak (tumpahan darah) dari tubuh, pesakit mungkin akan

                   mati. Pembebatan digunakan untuk menutup luka bagi menghentikan pendarahan dan
                   menggelakkan luka daripada tercemar.

                   Jika pecah salur nadi, darah akan keluar memancut. Jika pecah pembuluh, darah akan
                   keluar meleleh.



                   APA YANG HARUS DILAKUKAN

                   - Basuh tangan anda sebelum dan selepas memberikan bantuan. Jika ada, gunakan

                   sarung tangan. Selesakan dan yakinkan pesakit.
                   - Bersihkan luka daripada kekotoran.
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15