Page 14 - NOOR FARAHIN BINTI ASHARI D20201093962 BUKU LOG KRS
P. 14

2.2.4 KAWAD




                   BAB SATU


                   PANDUAN UNTUK JURULATIH

                   Buku kawad ini bertujuan untuk memberi panduan kepada jurulatih supaya dapat

                   mengajar pegawai/kadet tatacara kawad dengan betul dan dapat dilaksanakan dengan

                   penuh komitmen dan bertanggungjawab.


                   Selain daripada itu matlamat untuk melahirkan pegawai/kadet, Kadet Remaja Sekolah
                   yang mempunyai disiplin diri yang kental, berpegang teguh kepada ajaran agama dan

                   sanggup mempertahankan agama bangsa dan negara dapat dicapai.

                   BAHAGIAN I


                   PENDIRIAN SEORANG JURULATIH


                   Sikap dan pendirian yang tetap dan betul adalah sangat penting bagi seseorang

                   jurulatih kerana ia akan dicontohi dan diteladani.


                   Apabila hendak mengajar kawad, jurulatih hendaklah berdiri dengan cara yang betul.
                   Pergerakan badan, kepala dan tangan hendaklah pada kadar yang minimum ketika

                   memberi hukuman. Ini akan menampakkan kekemasan dan disiplin yang tinggi.


                   Apabila hendak melakukan sesuatu pergerakan kawad jurulatih, hendaklah melakukan
                   mengikut tatacara kawad.


                   Demonstrasi atau cara melakukan sesuatu pergerakan itu mestilah kemas dan mantap.

                   Apabila hendak menunjukkan pergerakan-pergerakan tongkat, maka pertunjukan itu
                   hendaklah dilakukan dengan tongkat sahaja.






                   BAHAGIAN II


                   KAEDAH MENGUASAI KEMAHIRAN KAWAD TERBAIK


                   Bagi menguasai kemahiran berkawad yang baik, seseorang jurulatih perlu ada dua
                   perkara   penting;   pertama   mempunyai     prasangka    yang   baik   dan    yang
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19