Page 16 - PDKU pdf
P. 16

PEJABAT DAERAH KULAI



               PENTADBIRAN


                       Daerah Kulai ditadbir oleh
               Pejabat Daerah Kulai. Ia terbentuk
               hasil  daripada  naik  taraf  sub-
               daerah Kulai kepada satu daerah
               penuh  dan  diwartakan  pada 29
               Mac 2007 dan dinamakan sebagai
               daerah     Kulaijaya.   Perasmian
               daerah baru ini telah diisytiharkan
               pada  21  Jun  2008  oleh Sultan
               Iskandar ibni Sultan Ismail Sultan
               Johor pada ketika itu.
                       Pada 28 Ogos 2015, Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail ibni Sultan Iskandar telah
               menitahkan Kerajaan Johor untuk menukar semula nama daerah Kulaijaya kepada nama
               asalnya iaitu Kulai dengan serta-merta.
               Pihak berkuasa tempatan di daerah ini ialah Majlis Perbandaran Kulai.
               Kerusi Parlimen P163 KULAI ialah kerusi parlimen yang mengandungi peratus penduduk
               Cina tertinggi di Johor (69%).




               OBJEKTIF PEJABAT DAERAH KULAI

               Sebagai  sebuah  jabatan  yang  utama  dan  berperanan  besar  dalam  sesebuah  daerah,
               Pejabat Daerah telah menggariskan 8 objektif utama sebagai panduan dalam memajukan
               daerah ini:


                   1.  Untuk  membangunkan  Kulai  daripada daerah  yang  termundur  di  dalam  Negeri
                       Johor kepada yang diantara yang termaju dalam Negeri Johor.
                   2.  Membangunkan penduduk Kulai supaya menjadi insan yang terbaik dalam segala
                       bidang, mental, fizikal dan rohani.
                   3.  Menggunakan  sumber  manusia  sebagai  satu  pendekatan  yang  terbaik  untuk
                       memajukan mereka dan juga daerah ini ke tahap yang terbaik.
                   4.  Mengembelingkan segala tenaga awam dan swasta supaya sama-sama bergerak
                       dalam konsep Malaysia in Cooprated, Commited di dalam pembangunan daerah
                       ini.
                   5.  Menggunakan segala saluran, politik, sosial, agama dan segala pengaruh yang ada
                       untuk  medapatkan  peruntukan/bantuan  dan  kemudahan-kemudahan  lain  bagi
                       memajukan daerah ini.
                   6.  Memastikan supaya segala lapisan pimpinan sama ada awam mahupun swasta
                       sentiasa peka dengan dasar teknik dan matlamat yang baru ditetapkan oleh pihak
                       kerajaan dalam matlamat-matlamat wawasan 2020.



                                                           16
                                                                   KULAI KESAYANGAN KITA
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21