Page 15 - PDKU pdf
P. 15

PEJABAT DAERAH KULAI



               SEJARAH PEJABAT TANAH KULAI



                       Pejabat Tanah Daerah Kulaijaya dahulunya dikenali sebagai Pejabat Tanah Daerah
               Kecil Kulai. Daerah Kecil Kulai telah diwartakan sebagai Daerah Kecil sebagaimana Warta
               Kerajaan Bil. 630 bertarikh 5 Mei, 1985 di bawah seksyen 11 Kanun Tanah Negara 1965

               yang terdiri daripada Mukim Senai-Kulai (PW 216) dan Mukim Sedenak (PW 217) dalam
               Daerah Johor Bahru. Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor pada 18hb Oktober 2006 telah
               meluluskan untuk menaiktaraf Daerah Kecil Kulai kepada daerah penuh.



               MMK Johor Bil. 6/2007 pada 21 Februari 2007 bersetuju atas perkara-perkara berikut:

                       -  Daerah Kecil Kulai dinaiktaraf kepada daerah penuh yang dikenali sebagai
                          Daerah Kulaijaya.
                       -  Mukim Senai/Kulai dan Mukim Sedenak dikeluarkan daripada Daerah Johor
                          Bahru dan dimasukkan ke dalam Daerah Kulaijaya.

                       -  Mukim Senai-Kulai dan Sedenak dalam Daerah Kulaijaya dipecahkan kepada 4
                          mukim:
                 1.    Mukim Kulai
                       ii.   Mukim Senai

                       iii.  Mukim Bukit Batu
                       iv.  Mukim Sedenak

                       - Jumlah luas keseluruhan Daerah Kulaijaya ialah 75,375 Hektar (186,261 Ekar)
                       dan terdiri daripada:
                 2.    Bandar Kulai

                       ii.  Mukim Kulai
                       iii.  Mukim Senai
                       iv.  Mukim Bukit Batu
                       v.   Mukim Sedenak

                    Penubuhan Daerah Kulaijaya diwartakan pada 28 Mac 2007 dan dirasmikan oleh
               D.Y.M.M. Al-Marhum Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail pada 21 Jun 2008.

               Daerah Kulaijaya juga merupakan daerah yang ke-10 di dalam Negeri Johor Darul Ta’zim.
               Pejabat Tanah Daerah Kulaijaya mula beroperasi secara rasminya pada 1 Januari 2008.






                                                           15
                                                                   KULAI KESAYANGAN KITA
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20