Page 11 - PDKU pdf
P. 11
PEJABAT DAERAH KULAI
• Gunung Pulai Development Sdn. Bhd
- Taman Gunung Pulai
• Scudai Development Sdn. Bhd.
- Taman Bukit Senang
• Scientex Park (M) Sdn. Bhd.
- Taman Scientex Kulai
• Ambang Budi
- Bandar Pulai Jaya
Sebagai sebuah daerah baru, Kulai telah membangun sebagai pusat perdagangan,
perindustrian, penempatan dan perladangan yang ideal dan berdaya maju, premis –
premis perniagaan dan medan selera menyemarakkan lagi kepesatan aktiviti ekonomi di
daerah ini. Kepesatan ini adalah hasil perancangan dan perkhidmatan yang efisien serta
mesra pelanggan yang dipraktikkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan Daerah Kulai
dan agensi – agensi kerajaan di bawahnya. Faktor ini juga menjadi pemangkin untuk
menarik minat pelabur – pelabur asing dan tempatan untuk melabur di daerah ini.
Rangkaian makanan segera dan Pasaraya dan premis
medan selera perniagaan
Kulai adalah satu – satunya daerah yang mempunyai tiga sistem pengangkutan
yang efisien dan saling melengkapi antara satu sama lain, iaitu pengangkutan darat,
pengankutan udara dan keretapi. Keunikan dan kelebihan infrastruktur di Daerah Kulai ini
turut merangsang pembangunan dan kemajuannya yang semakin menyerlah. Daerah
Kulai juga bertuah kerana mudah dikunjungi khasnya melalui Lebuhraya PLUS. Terdapat
empat susur masuk utama iaitu Kulai (EXIT 252), Senai (EXIT304/302), Skudai (EXIT254)
dan Sedenak (EXIT 253).
11
KULAI KESAYANGAN KITA

