Page 54 - PDKU pdf
P. 54
PEJABAT DAERAH KULAI
TEMPAT PELANCONGAN DI KULAI
UPSIDE DOWN WARM HOUSE KULAI
Satu lagi tempat menarik di Kulai
yang anda wajib lawati semasa
bercuti di sana ialah Upside Down
Warm House atau juga dikenali
sebagai rumah terbalik. Rumah
terbalik ini terletak di Bandar Putra,
Kulai. Seperti rumah terbalik yang
lain, rumah terbalik Kulai
menyediakan set rumah dalam
dunia yang terbalik dalam bentuk
3d. Apabila anda mengambil gambar di sini, seolah-olah anda berada dalam dunia yang
terbalik. Di antara ruang dunia terbalik yang ada di Upside Down Warm House Kulai ialah:
• Ruang tamu
• Lautan dengan ikan jerung
• Ladang lembu
• Karnival funfair
• Bilik tidur
• Bilik laundry
• Ruang maka
Senarai harga untuk masuk ke rumah terbalik ini adalah seperti berikut:
• Dewasa RM25
• Kanak-kanak 3 tahun keatas & pelajar RM15
• Bukan warganegara rm35
• Warga emas 60 tahun keatas percuma
Oh ya! Pesanan kami jangan lupa untuk memakai stokin kerana anda perlu membuka
kasut semasa masuk ke ruang pameran rumah terbalik ini. Jangan risau tentang kasut
kesayangan anda, ianya akan disimpan didalam peti simpanan berkunci yang disediakan.
Upside Down Warm House Kulai dibuka setiap hari dari pukul 10.00 pagi sehingga 9.30
malam. Untuk sebarang pertanyaan anda boleh hubungi talian berikut 07-5995019 dan
019-7205019.
54
KULAI KESAYANGAN KITA

