Page 55 - PDKU pdf
P. 55
PEJABAT DAERAH KULAI
HUTAN LIPUR GUNUNG PULAI
Tempat menarik di Kulai yang
seterusnya ialah Hutan Lipur Gunung Pulai
yang sememangnya popular bagi pencinta
alam semulajadi. Hutan Lipur Gunung
Pulai menjadi destinasi pelancongan
popular dikalangan penduduk tempatan
dan pelancong yang melawat ke Kulai
kerana ia menawarkan berbagai aktiviti
menarik. Di antara tarikan utama di sini
ialah air terjun dengan kolam yang luas
untuk bermandi-manda.
Airnya terjun di sini sangat sejuk dan cukup menyegarkan. Malah tebing sungainya
juga teduh dan nyaman, sesuai untuk anda berkelah dan berbabeku sambil main air
bersama keluarga. Jika anda jenis yang sukakan aktiviti lasak, anda boleh mendaki gunung
yang ada di hutan lipur ini melalui trek jalan tar yang disediakan. Pemandangan dari
puncak Gunung Pulau sangat indah dan tak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Kalau anda tak gemar mendaki gunung, anda boleh lakukan aktiviti jungle trekking
sambil melihat flora dan fauna serta menjejak tingkat atas air terjun cantik yang ada di
hutan lipur ini. Kalau anda bercuti di Kulai, jangan lupa untuk masukkan Hutan Lipur
Gunung Pulai sebagai salah satu daripada destinasi perlancongan untuk anda lawati.
55
KULAI KESAYANGAN KITA

