Page 14 - BUKU LAPORAN MESYUARAT AGUNG PIBG 2021 SMKPP9(2)
P. 14
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 9[2]
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SMK PUTRAJAYA PRESINT 9[2] BIL. 1
SESI 2019/2020
Tarikh 9 Mac 2019 [Sabtu]
Masa 9.00 am hingga 12.40 pm
Tempat Dewan Tun Abdul Razak, SMK Putrajaya Presint 9[2]
Pengerusi Encik Mohd Tahir bin Mohammad
Kehadiran 319 orang
[Bilangan]
Turut Hadir Encik Mohd Zarrawi Ravi bin Abdullah [Pengetua]
[Jika ada] Puan Haniza binti Subari (JPWP Putrajaya)
Barisan Pentadbir
1. UCAPAN ALU-ALUAN PENASIHAT PIBG
1.1 Tuan Pengetua mengucapkan selamat datang dan terima kasih
kepada semua ibu bapa/penjaga, guru-guru dan semua warga
sekolah ke Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-12 SMK Putrajaya Presint 9[2]
Bil.1 Tahun 2019.
Makluman
1.2 Tuan Pengetua mengalu-alukan YDP PIBG dan barisan jawatankuasa
yang telah banyak membantu dalam pelaksanaan program-program
sekolah sepanjang tahun 2018.
Makluman
1.3 Tuan Pengetua memaklumkan banyak rancangan telah disusun bagi
sesi 2019/2020 untuk tujuan mencapai KPI sekolah.
Makluman
1.4 Tuan Pengetua mengalu-alukan kehadiran Puan Haniza binti Subari
selaku wakil pengarah JPWP Putrajaya.
Makluman
2. UCAPAN PENGERUSI [YDP PIBG]
2.1 YDP PIBG mengalu-alukan kehadiran semua ibu bapa/penjaga, guru-
guru dan semua warga sekolah serta mengucapkan berbanyak
terima kasih kerana dapat hadir ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-12
SMK Putrajaya Presint 9(2) bagi tahun 2019.
13

