Page 17 - BUKU LAPORAN MESYUARAT AGUNG PIBG 2021 SMKPP9(2)
P. 17
5. MEMBENTANG, MENERIMA DAN MELULUSKAN PENYATA KEWANGAN
BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2018
5.1 Puan Shazwanee binti Mohd Rone selaku Bendahari Kehormat PIBG
bagi sesi 2018/2019 telah membentangkan Laporan Penyataan
Kewangan PIBG 2018 dengan merujuk pada helaian muka surat 31
hingga 36 [Buku Laporan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-12 Sesi
2019/2020].
Makluman
5.2 Puan Shazwanee memaklumkan bahawa akaun perbelanjaan dalam
Laporan Penyataan Kewangan PIBG 2018 yang berakhir pada 31
Disember 2018 telah diaudit oleh juruaudit luar professional iaitu Puan
Nandini a/p Devarajan.
Makluman
5.3 Puan Shazwanee memaklumkan sumber kewangan bagi tahun 2018
adalah seperti berikut;
1. Sumbangan PIBG RM 70.00/keluarga
2. Sumbangan kecemerlangan PT3 RM180.00/seorang
(Tingkatan 3 sahaja)
3. Sumbangan kecemerlangan SPM RM180.00/seorang
(Tingkatan 5 sahaja)
Makluman
5.4 Puan Shazwanee memaklumkan bahawa yuran tertunggak bagi
sumbangan kecemerlangan PT3 telah dijelaskan oleh murid semasa
mengambil slip keputusan PT3 pada 13 Disember 2018. Manakala
yuran tertunggak bagi sumbangan kecemerlangan SPM akan dikutip
semasa pengumuman keputusan peperiksaan SPM pada 14 Mac
2019 nanti.
Makluman
5.5 Puan Shazwanee memaklumkan bahawa baki b/b kewangan yang
berakhir pada 31 Disember 2018 adalah RM 0.00.
Makluman
5.5.1 Encik Mohd Albaqri meluahkan rasa tidak puas hati dan kurang
selesa terhadap Buku Laporan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-12
sesi 2019/2020. Beliau menyatakan kesukaran yang dirasakan
oleh beliau untuk membaca laporan minit mesyuarat yang
dikongsi melalui telefon pintar. Beliau juga menyatakan masalah
yang timbul bagi ibu bapa yang tidak mempunyai internet.
16

