Page 18 - BUKU LAPORAN MESYUARAT AGUNG PIBG 2021 SMKPP9(2)
P. 18
Maklum balas:
YDP PIBG menjelaskan bahawa perkongsian Buku Laporan Minit
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-12 sesi 2019/2020 melalui aplikasi
whatsApps adalah satu pembaharuan yang dilakukan dalam
mesyuarat PIBG pada kali ini. Beliau menjelaskan bahawa
salinan ‘hardcopy’ melibatkan kos, walau bagaimanapun
beliau memaklumkan beberapa salinan ‘hardcopy’ tetap
dibuat tetapi dengan bilangan yang terhad.
YDP juga menegaskan pembaharuan ini adalah satu alternatif
untuk menjimatkan kos yang sudah mulai dipraktikkan bukan
sahaja di SMKPP9(2) tetapi juga di peringkat Wilayah
Persekutuan Putrajaya.
Makluman
5.5.2 Encik Mohd Albaqri mengemukakan pertanyaan tentang
Laporan Kewangan PIBG SMKPP9(2) tentang Penyata
Pendapatan dan Perbelanjaan bagi tahun berakhir 31 Disember
2018 dengan merujuk pada helaian muka surat 31. Beliau
memohon penjelasan tentang jumlah lebihan wang sebanyak
RM29,161.55 sedangkan bendahari memaklumkan bahawa baki
b/b kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2018 adalah
RM 0.00.
Beliau meminta bendahari mengemukakan penyata kewangan
secara terperini tentang perbelanjaan yang melibatkan wang
lebihan sumbangan sebanyak RM29,161.55 tersebut, agar
laporan kewangan dapat dibentangkan secara penuh dalam
mesyuarat kerana ianya merupakan sumbangan pada tahun
2018.
Maklum balas 1:
Puan Shazwanee memaklumkan bahawa wang tersebut
sudahpun digunakan untuk menampung perbelanjaan bagi
aktiviti/program yang dijalankan sejak awal tahun 2019 oleh itu
baki adalah RM0.00. Beliau juga memaklumkan penyata
kewangan tentang perbelanjaan wang lebihan sebanyak
RM29,161.55 tersebut sudah dibuat.
Makluman
Maklum balas 2:
Tuan pengetua menyatakan bahawa telah banyak program
yang telah dilaksanakan sejak awal tahun 2019 sehingga ke hari
17

