Page 126 - SK Tahun 6 Sains
P. 126

Kelajuan Kamu



                Tujuan     Menyiasat kelajuan dengan pelbagai jenis pergerakan

                Alat dan Bahan      Jam randik, pita pengukur, pen penanda dan pita pelekat


                Langkah-langkah
                1.  Lakukan aktiviti ini secara berpasangan di padang.
                2.  Lekatkan pita pelekat di garisan permulaan dan ukur jarak
                   20 m, kemudian lekatkan garisan penamat.
                3.  Minta rakan kamu melakukan pergerakan yang berbeza
                   seperti berjalan perlahan, berjalan laju dan berlari
                   di sepanjang trek perlumbaan tersebut.
                4.  Rekod dan catat masa yang diambil oleh pergerakan
                   rakan kamu dari garisan permulaan sehingga ke garisan
                   penamat seperti dalam jadual di bawah.

                      Jenis pergerakan            Jarak (m)       Masa (s)
                      Berjalan perlahan               20
                      Berjalan laju                   20
                      Berlari                         20
                5.  Gunakan Ms Excel untuk membina carta palang.
                6.  Bincangkan hasil penyiasatan kamu.



                 1.  Jenis pergerakan yang manakah lebih cepat tiba di garisan penamat?
                     Mengapa?
                 2.  Apakah yang dimaksudkan dengan kelajuan berdasarkan aktiviti ini?


                                    Gambar di sebelah menunjukkan perlumbaan
                                    antara Sang Kancil dengan Sang Kura-kura. Antara
                                    pernyataan berikut yang manakah betul?
                                    •  Sang Kancil bergerak lebih laju daripada Sang Kura-kura.
                                    •  Sang Kura-kura bergerak lebih perlahan daripada Sang Kancil.
                                    •  Sang Kancil akan tiba di garisan penamat lebih awal daripada
                                        Sang Kura-kura.
                                    •  Sang Kura-kura akan tiba di garisan penamat lebih awal
                                        daripada Sang Kancil.




                       7.1.1
               118     7.1.6
   121   122   123   124   125   126   127   128   129   130   131