Page 127 - SK Tahun 6 Sains
P. 127
KELAJUAN
Unit Kelajuan
Kelajuan melibatkan ukuran jarak dan masa sesuatu objek yang
bergerak. Unit bagi kelajuan ialah gabungan kedua-dua unit jarak
dan masa. Yang berikut ialah beberapa unit kelajuan.
Jam randik, pita pengukur, pen penanda dan pita pelekat
sentimeter per saat Siput ini bergerak perlahan
(cm/s) kerana siput hanya dapat
bergerak sejauh 1.3 sentimeter
sahaja dalam masa 1 saat. Jadi,
1 saat unit kelajuannya ialah cm/s.
1.3 cm/s
meter per saat (m/s)
Tupai dapat bergerak
sejauh 5 meter dalam masa
1 saat. Unit kelajuannya
1 saat ialah m/s.
5 m/s
kilometer per jam (km/j) Kuda dapat bergerak
sejauh 76 kilometer dalam
masa 1 jam. Kelajuan
pergerakan kuda diberi
dalam unit km/j.
1 jam
76 km/j
KBAT
KBAT
Mengapakah unit kelajuan km/j tidak sesuai digunakan untuk
mengukur kelajuan bagi seorang murid yang sedang berjalan kaki?
#GURU
Fakta kelajuan haiwan di atas diperoleh daripada
www.infoplease.com.
7.1.2 119

