Page 128 - SK Tahun 6 Sains
P. 128

Unit bagi ukuran kelajuan ialah sentimeter per saat (cm/s), meter per saat (m/s)
                dan kilometer per jam (km/j). Perhatikan gambar di bawah, apakah unit kelajuan
                yang digunakan?

                                       Kura-kura merupakan antara haiwan
                                       yang bergerak perlahan di dunia.
                                       Kura-kura ini dapat bergerak sejauh
                                       7.6 sentimeter dalam masa 1 saat.
                                       Apakah unit kelajuannya?

                                       Manusia yang paling laju di dunia dapat
                                       berlari dalam acara balapan 100 meter
                                       dalam masa 9.58 saat. Apakah unit
                                       kelajuan yang sesuai digunakan?


                                       Kereta F1 boleh berlumba dengan
                                       kelajuan sehingga 360 kilometer dalam
                                       masa 1 jam. Apakah unit kelajuan yang
                                       digunakan?



                                   Speedometer Pelbagai Unit



                Tujuan     Mereka cipta speedometer atau meter kelajuan dengan pelbagai unit

                Alat dan   Gunting, jangka lukis, jangka sudut, pembaris, pen, pensel, gam,
                Bahan      kad manila (2 jenis warna berlainan), straw dan pita pelekat

                Langkah-langkah

                 1  Lakukan aktiviti ini secara individu.                          9 cm

                 2  Lukis dan potong kad manila kepada                                    14 cm
                    dua bentuk bulatan berdiameter 14 cm
                    dan 18 cm.                                               18 cm
                 3  Lukis dan potong kad manila kepada
                    satu bentuk jarum jam berukuran 9 cm
                    panjang, seperti gambar di sebelah.
                #TIP
                                                pusat                     Unit piawai bagi ukuran
                Pusat bulatan boleh             bulatan                   kelajuan dalam sistem metrik
                ditentukan dengan                                         ialah meter per saat dan
                                       tanda
                melipat bulatan.       lipatan                            biasanya ditulis sebagai m/s.


                                          #GURU
               120      7.1.2                     Fakta kelajuan di atas diperoleh daripada
                                                  www.infoplease.com, www.sciencekids.co.nz dan Wikipedia.
   123   124   125   126   127   128   129   130   131   132   133