Page 186 - SK Tahun 6 Sains
P. 186
Apakah Buruj?
Cuba kamu perhatikan ke arah langit
pada waktu malam. Bintang-bintang akan
kelihatan dengan jelas pada malam yang
gelap, tidak berawan dan semasa bulan
tidak kelihatan. Sebenarnya terdapat
berjuta-juga bintang di angkasa, namun
kita hanya dapat melihat sebahagiannya
sahaja.
Apabila gugusan bintang tertentu
disambungkan dengan garisan, maka
corak tertentu seperti gambar di bawah
akan terbentuk.
Cuba cari corak-corak Wah, cantiknya corak
bintang pada gambar pada bintang ini!
langit di atas.
Terdapat banyak buruj di langit tetapi Kesatuan Astronomi
Antarabangsa (IAU) secara rasmi telah menetapkan terdapat
88 buruj di langit pada waktu malam.
178 11.1.1

