Page 190 - SK Tahun 6 Sains
P. 190
Kenali buruj
Kedudukan Malaysia terletak di garisan Khatulistiwa. Jadi kita dapat
melihat buruj-buruj di kedua-dua hemisfera utara dan hemisfera
selatan. Tahukah kamu apakah rupa corak buruj?
Buruj Belantik ialah salah satu buruj yang paling menonjol
di langit pada waktu malam. Belantik membentuk corak seperti
seorang pemburu yang memakai tali pinggang dan tergantung
sebilah pedang. Buruj Belantik muncul di langit pada waktu
malam di antara hemisfera utara dan selatan.
Buruj Pari ialah buruj yang paling kecil
dan senang dikenal pasti di langit pada
waktu malam di sebelah hemisfera selatan.
Ia terdiri daripada gugusan empat bintang
yang tersusun berbentuk corak seperti
layang-layang.
utara selatan
Buruj Skorpio ialah gugusan
bintang yang membentuk corak
seperti seekor kala jengking.
Buruj Skorpio muncul di langit
pada waktu malam di sebelah
Buruj Biduk ialah gugusan tujuh hemisfera selatan.
bintang. Buruj ini membentuk corak
seperti gayung atau senduk dengan
tangkainya. Biduk muncul di langit pada
waktu malam di sebelah hemisfera utara.
Buruj Biduk sebenarnya merupakan
sebahagian daripada buruj yang lebih
besar, iaitu Ursa Major yang bercorak
seperti seekor beruang besar.
#GURU
Simulasi buruj interaktif boleh didapati daripada laman
web http://astronomi.angkasa.gov.my/CM53/index/id/38
182 11.1.2

