Page 188 - SK Tahun 6 Sains
P. 188
Buruj Saya
Tujuan Mencipta buruj sendiri
Alat dan Pensel warna, gunting, kadbod hitam, tanah liat (warna kuning),
Bahan lidi sate dan pita pelekat
Langkah-langkah
1. Lakukan aktiviti ini secara individu.
2. Perhatikan bintang-bintang di langit pada
waktu malam.
3. Tandakan kedudukan bintang-bintang
pada kadbod hitam dengan menggunakan
pensel warna.
4. Bentukkan beberapa bintang kecil dengan
menggunakan tanah liat.
5. Lekatkan bintang kecil kamu pada tandaan
kedudukan bintang di kadbod hitam tadi.
6. Potong dan lekatkan lidi sate bagi
menghubungkan bintang-bintang supaya
membentuk satu corak buruj.
7. Namakan buruj kamu.
Bolehkah kamu melihat buruj di langit pada waktu siang? Mengapa?
KBAT
KBAT
Bintang tidak berkelip-kelip jika kita melihatnya
dari angkasa lepas. Tetapi bintang-bintang akan
berkelipan jika kita melihatnya dari Bumi. Mengapa?
#GURU
Tanah liat boleh digantikan dengan objek lain seperti manik,
jarum kepala bulat atau pelekat warna berbentuk bintang.
11.1.1
180 11.1.4

