Page 86 - SK Tahun 6 Sains
P. 86
Kepupusan Haiwan
Kepupusan haiwan bermaksud lenyapnya atau sudah tiada lagi haiwan
di bumi ini. Kita hanya mengetahui kewujudannya melalui penemuan fosil,
sejarah dan penyelidikan.
Haiwan dalam
Kenangan
T-Rex menyerupai cicak raksasa
yang hidup di zaman dinosaur.
Selain T-Rex, hampir semua haiwan
zaman dinosaur telah pupus.
Hipotesis kepupusan dinosaur daripada muka bumi
ini yang paling rasional ialah pelanggaran komet atau
tahi bintang yang menghentam bumi. Hentaman yang
dahsyat menyebabkan dinosaur tidak dapat meneruskan
kehidupannya.
Sumber: www.geocities.ws
Burung dodo ialah burung jinak dari kepulauan
Mauritius. Burung ini tidak boleh terbang. Haiwan ini
pupus kerana diburu oleh pelayar yang singgah di situ.
Manakala telurnya dimakan oleh tikus dan kucing.
Haiwan-haiwan yang berasal dari Asia ini juga telah pupus:
harimau dahan ikan lumba-lumba singa laut Jepun harimau Jawa
Taiwan sungai China
78 5.1.1

