Page 7 - SK Tahun 1 Bahasa Melayu
P. 7

Aspek  Tatabahasa menjadi fokus utama untuk menguji kemampuan murid
                      TATABAHASA  menggunakan tatabahasa dengan betul dan tepat.


                               Memberikan panduan kepada guru untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan
                               pembelajaran. Terdapat tiga elemen atau tiga perkara yang disertakan dalam nota
                               guru, iaitu:
                                  •   Menyatakan panduan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
                                  •   Menyatakan aktiviti penilaian untuk kemahiran yang diajarkan.
                                  •   Menyatakan aktiviti tambahan untuk mengukuhkan kemahiran.

                     5.1.2 (i )  Menyatakan nombor standard pembelajaran dan nombor halaman Buku Aktiviti
                     BA: 15-16-  bagi halaman yang berkenaan. Nombor halaman Buku Aktiviti yang berwarna hitam
                     BA: 41-42
                               merujuk kepada Jilid Satu, manakala nombor halaman yang berwarna biru merujuk
                               kepada Jilid Dua.


                               Maklumat tambahan yang berkaitan dengan kandungan pembelajaran dalam bentuk
                               QR Code . Maklumat tersebut dapat diimbas melalui telefon pintar yang mempunyai
                               aplikasi QR Reader.



                               Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).




                      Bagi mengukuhkan penghayatan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran, elemen
                    Pengisian Kurikulum seperti Ilmu, Nilai Murni, Kewarganegaraan, Peraturan Sosiobudaya dan
                    Kemahiran Bernilai Tambah turut menjadi ciri penting dalam penstrukturan dan pembentukan
                    komponen buku teks ini. Elemen tersebut boleh dirujuk pada bahagian Nota Guru. Selain  itu,
                    guru boleh menggunakan cadangan aktiviti yang disediakan dalam Nota Guru sebagai panduan
                    pengajaran  dan  pembelajaran sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Contohnya seperti
                    maklumat di bawah.

                                                                                              2.3.1 (ii)
                                       •  Bimbing murid membaca dan menyatakan maksud pantun berdasarkan bahan.  BA: 72-73
                                       KB – Menjanakan idea    Pembelajaran Luar Bilik Darjah
                                       EMK: Nilai Murni – Mematuhi peraturan   Ilmu – Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

                      Bagi mempelbagaikan pengetahuan dan kemahiran murid, beberapa pendekatan lain turut
                    diterapkan dan diberikan penekanan. Antaranya, termasuklah aspek Kreativiti dan Inovasi,
                    Keusahawanan, dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Aspek yang diperkatakan ini lebih
                    dikenali sebagai Elemen Merentas Kurikulum (EMK).

                      Dalam usaha menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, penekanan terhadap pelbagai
                    jenis bahan bacaan bagi meningkatkan daya fikir dan memupuk minat membaca perlu disemai
                    dalam kalangan murid. Sehubungan dengan itu, komponen buku teks ini juga memperuntukkan
                    Bacaan Luas pada beberapa halaman. Persembahan komponen buku teks ini merangkumi
                    Halaman Rangsangan,  iaitu halaman pertama bagi setiap tema. Halaman ini digunakan bagi
                    memperkenalkan  tajuk-tajuk  yang  akan  dipelajari  seterusnya  mahupun  digunakan  sebagai  set
                    induksi dalam pengajaran  dan  pembelajaran. Di samping itu, Aktiviti Pemulihan, Pengayaan,
                    Penilaian dan Pengukuhan juga diselitkan sebagai pelengkap pakej buku teks ini.



                                                              v
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12