Page 8 - SK Tahun 1 Bahasa Melayu
P. 8

Akhir sekali, persembahan komponen buku teks ini turut menggunakan watak-watak tertentu
                  bagi menceriakan dan mendekatkan murid dengan bahan yang dibangunkan. Watak-watak utama
                  muncul dalam setiap tema. Watak-watak dalam setiap tema berlainan supaya dapat memotivasikan
                  murid di samping menjadi idola kepada murid membina kesantunan.












                             Arif              Aimi            Ai Lin          Indira            Rizal













                             Jagu              Kalang            Kanang      Aina                 Aiza


                     Kesimpulannya, Pakej Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 1 ini dibina selaras dengan “Pembelajaran
                  Abad Ke-21” oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Buku ini amat mesra murid dan mesra pengguna.
                  Hasilnya, murid-murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan akan dapat menguasai kemahiran berbahasa
                  dengan baik, asas literasi yang mantap dan bersedia untuk melangkah  ke  alam  persekolahan
                  yang lebih tinggi. Murid-murid juga berupaya untuk meneroka dan memperoleh pelbagai ilmu
                  dan kemahiran melalui buku teks ini. Diharapkan semoga dengan penerbitan buku teks ini, akan
                  tercapailah enam aspirasi murid, iaitu harus mempunyai pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran
                  memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian dan identiti nasional. Berdasarkan enam
                  aspirasi murid ini, akan lahirlah generasi yang berketerampilan, berhemah tinggi, bersemangat waja
                  dan berfikiran positif.



























                                                             vi
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13