Page 10 - SK Tahun 6 Reka Bentuk dan Teknologi
P. 10

Pengenalan


                  Pada tahun ini, kamu akan mereka bentuk projek yang akan menggunakan
                  bahan logam dan bahan bukan logam serta akan digabungkan bersama-sama
                  dengan sistem asas elektromekanikal. Antara bahan yang digunakan untuk
                  menghasilkan projek pada kali ini ialah polivinil klorida (PVC), perspeks dan zink.


                    1  Polivinil klorida (PVC)

                  PVC ialah sejenis bahan plastik yang ringan, keras, kukuh, mudah dilentur,
                  kuat dan tahan lama. PVC juga tahan terhadap cuaca yang berbeza, penebat
                  yang baik, legap dan boleh dilentur. PVC boleh didapati dalam bentuk rod
                  berongga (paip), kepingan dan sebagainya. Terdapat pelbagai warna dan
                  saiz PVC.












                                                                 Pintu polivinil klorida tanpa
                                 Hos
                                                                       plastik (uPVC)

                                                    Paip PVC digunakan dengan meluas
                                                    dalam sistem perpaipan bekalan air
                                                    dan pendawaian elektrik.









                                         Paip



                         Bahan legap ialah bahan yang
                         tidak dapat ditembusi cahaya.
                                                                  Gunakan enjin carian untuk mengetahui
                                                                  tentang bentuk PVC dan fungsi uPVC.

                      NOTA GURU
                    4.3.1   • Berbincang dengan murid tentang jenis paip yang digunakan di rumah mereka.


              2
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15