Page 12 - SK Tahun 6 Reka Bentuk dan Teknologi
P. 12
Alatan Tangan
Alatan tangan yang sesuai adalah penting dalam menghasilkan sesuatu projek.
Penggunaan alatan tangan yang salah boleh menyebabkan kecederaan dan
merosakkan alatan. Antara alatan tangan yang akan digunakan adalah seperti
yang berikut:
1 Gergaji tangan
Alat ini digunakan untuk memotong kayu dan papan yang tebal.
Bilah
Pemegang
Mata
2 Gergaji lengkung halus
Alat ini digunakan untuk menggergaji bentuk lengkung pada bahan yang
nipis. Mata gergajinya perlu dipasang menghala ke pemegang.
Rangka
Bilah
Pemegang
Mata
PANDUAN KESELAMATAN
PANDUAN KESELAMATAN
Awas! Mata gergaji lengkung halus
mudah patah. Hati-hati semasa Mengapakah mata gergaji lengkung
menggunakannya. halus dipasang menghala ke
pemegang atau hulunya?
NOTA GURU
4.3.2 • Beritahu murid agar menggunakan jangka lukis atau templat bulat untuk melukis bentuk
bulatan sebelum kerja memotong dilakukan.
• Bimbing murid menggunakan alatan tangan dengan cara yang betul.
4
• Maklumkan bahawa mata gergaji lengkung halus perlu ditukarkan jika tumpul atau patah.

