Page 15 - SK Tahun 6 Reka Bentuk dan Teknologi
P. 15
Bahan Pengikat dan Pencantum
Bahan pengikat dan pencantum digunakan untuk mencantumkan bahan
supaya dapat menghasilkan binaan yang dikehendaki. Terdapat bahan
pengikat dan pencantum digunakan bersama-sama dengan alatan tangan
seperti yang berikut.
1 Dawai kokot
Dawai kokot digunakan bersama-sama dengan pistol pengokot. Di dalam
pistol pengokot, terdapat bahagian yang menempatkan dawai kokot.
Dawai kokot perlu diisikan semula apabila habis digunakan.
2 Rod perekat panas (Hot melt glue)
Rod perekat panas digunakan bersama-sama dengan pistol perekat panas.
Bahan ini boleh didapati dalam bentuk rod bulat pelbagai saiz. Pistol perekat
panas akan mencairkan rod perekat menjadi glu. Glu cair ini digunakan untuk
merekat bahan sama ada yang sama jenis atau berlainan jenis.
NOTA GURU
• Bimbing murid memasang dawai kokot dan rod perekat panas pada alatnya.
4.3.3
7

