Page 64 - SK Tahun 6 Reka Bentuk dan Teknologi
P. 64
Jagalah Saya
Anak benih yang telah diubah hendaklah dijaga supaya subur.
Aktiviti penjagaan anak benih adalah seperti yang berikut:
1 Mengacau larutan
Larutan nutrien hendaklah dikacau
sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk
mengelakkan mendapan supaya akar
dapat menyerap nutrien yang lengkap.
2 Mengawal serangga perosak
Serangga perosak selalu menyerang anak
benih dan tanaman. Serangga perosak
perlu dikawal dengan menggunakan
perangkap atau mengutip dan
memusnahkannya. Penanaman dalam
rumah kalis serangga dapat mengelakkan
serangan perosak.
3 Mengawal penyakit
Penyakit pada tanaman hidroponik
disebabkan oleh kulat, bakteria dan virus.
Oleh itu, tanaman yang telah dijangkiti
penyakit hendaklah dibuang atau
dimusnahkan supaya tidak merebak.
NOTA GURU
5.2.7 • Beritahu murid bahawa pemeriksaan pH larutan adalah penting sebagai satu daripada
langkah mengawal penyakit anak pokok.
• Terangkan kegunaan ruang udara antara penutup takung dengan larutan nutrien
56
kepada murid.

