Page 71 - SK Tahun 6 Reka Bentuk dan Teknologi
P. 71
Buku Rekod Pendapatan Saya
Semua tanaman yang telah dituai perlu direkodkan.
Tujuannya adalah untuk mengetahui jumlah
keseluruhan hasil tanaman. Kita perlu menyediakan
sebuah buku rekod pendapatan hasil tanaman.
Jadual rekod pendapatan hasil tanaman Kelas 6 Melati
Jenis sayur: Sawi
Tarikh Kuantiti (kg) Harga per kg (RM) Jumlah (RM)
4.4.2016 4 2.50 10.00
5.4.2016 4 2.50 10.00
6.4.2016 6 2.50 15.00
7.4.2016 3 2.50 7.50
8.4.2016 2 2.50 5.00
11.4.2016 8 3.00 24.00
12.4.2016 10 3.00 30.00
Jumlah Keseluruhan 37 - RM101.50
Bagaimanakah kamu menentukan harga
sayuran yang hendak dijual?
NOTA GURU
• Beritahu murid bahawa pendapatan hasil tanaman ialah pendapatan keseluruhan
5.2.10
tanaman yang dituai.
• Berbincang dengan murid tentang cara untuk mendapatkan hasil tanaman yang tinggi. 63
• Bersoal jawab dengan murid tentang perbezaan harga dari segi permintaan
dan pengeluaran.

