Page 69 - SK Tahun 6 Reka Bentuk dan Teknologi
P. 69
Selepas menuai, hasil tanaman perlu diselenggara dengan berhati-hati dan
teratur bagi mengelakkan kerosakan.
1 Mengumpul
Kumpulkan hasil tanaman yang
telah dituai di tempat teduh
supaya kualiti hasil tidak terjejas.
2 Menimbang
Timbang semua hasil tanaman
yang telah dituai untuk merekod
pendapatan hasil tuaian.
3 Memilih dan mengasing
Pilih dan asingkan hasil tanaman
yang baik dengan yang rosak untuk
memastikan hasil tuaian berkualiti dan
bernilai tinggi.
Hasil yang baik
Hasil yang rosak Mengapakah kerja penuaian dilakukan
pada awal pagi atau lewat petang?
NOTA GURU
• Beritahu murid bahawa tanaman hidroponik tidak perlu dibersihkan selepas dituai seperti
5.2.9
kaedah tanaman konvensional.
• Beritahu murid bahawa penyelenggaraan hasil tanaman hendaklah dilakukan sebaik 61
sahaja tanaman telah dituai.

