Page 68 - SK Tahun 6 Reka Bentuk dan Teknologi
P. 68
Hasil tanaman yang telah matang hendaklah dituai dengan cara yang betul.
Terdapat beberapa cara yang digunakan untuk menuai hasil tanaman.
1 Memetik
Cara ini sesuai bagi sayuran berbuah
seperti cili.
2 Mencabut
Sayuran berdaun seperti sawi, bayam, kangkung
dan kailan boleh dituai dengan cara mencabut
terus tanaman tersebut daripada raga tanaman.
3 Memotong
Sayuran berdaun juga sesuai dituai
dengan cara memotong. Tanaman
dipotong pada pangkal pokok dengan
menggunakan gunting atau pisau.
PANDUAN KESELAMATAN
PANDUAN KESELAMATAN
Pastikan gunting dan pisau yang
digunakan tajam dan bersih.
Gunakan enjin carian untuk mengetahui
maklumat tentang tumbuhan lain yang Berhati-hati ketika menggunakan
boleh ditanam secara hidroponik. alatan tersebut.
NOTA GURU
• Minta murid membersihkan takung dan raga tanaman setelah kerja menuai hasil
5.2.9
selesai supaya boleh digunakan semula.
60

