Page 10 - SK Tahun 6 Pendidikan Kesihatan
P. 10

Ceritamu, Ceritaku
                       Ceritamu, Ceritaku
                       Ceritamu, Ceritaku
               Dalam sesi dinamika kumpulan 1Murid 1Sukan, Ustaz Zailani memberikan
               tugasan mengikut jantina. Setiap kumpulan perlu membuat pembentangan
               tentang rasional pengasingan blok penginapan yang jauh antara lelaki dengan
               perempuan. Kita ikuti perbualan mereka ketika menyiapkan tugasan.

               Stacy  :  Saya suka blok kita jauh dari blok penginapan lelaki. Kita sudah
                         matang. Bentuk fizikal banyak berubah, seperti payu dara dan pinggul.
               Baizura :  Apabila blok diasingkan jauh sebegini, kita rasa lebih selesa untuk
                         menguruskan diri terutama semasa mengalami haid. Lagipun, saya
                         sensitif tentang aurat. Kulit kita pun semakin gebu!
               Karen  :  Perubahan kita juga mempengaruhi tingkah laku seksual. Dahulu,
                         saya berkawan rapat dengan Kelvin. Tapi sekarang perasaan saya
                         terhadapnya berubah. Saya berasa malu. Perasaan saya pun kadang-
                         kadang tidak tentu hala.
               Shanti  :  Perubahan ini semua disebabkan oleh hormon estrogenlah! Cikgu
                         Hamidah pernah menyatakan bahawa hormon inilah yang menjadi
                         punca  berlakunya  perubahan  fizikal  kita.  Kitaran  aktiviti  hormon  ini
                         juga mempengaruhi tindakan kita.



























                        INFORMASI


                 Estrogen dan androgen ialah hormon yang mempengaruhi proses kematangan dan seksual manusia.
                 Hormon estrogen dominan pada wanita manakala hormon androgen dominan pada lelaki.




                 2
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15