Page 12 - SK Tahun 6 Pendidikan Kesihatan
P. 12
Remaja Bergaya dan Berjaya
Remaja Bergaya dan Berjaya
Remaja Bergaya dan Berjaya
Lutfi, Stacy dan rakan atlet seronok mencabar diri mereka melakukan aktiviti-
aktiviti lasak dalam sesi kepemimpinan. Mereka melahirkan rasa syukur
kerana dididik menjadi lebih bertanggungjawab tentang seksualiti. Dengan
menggunakan aplikasi rangkaian sosial di Internet, mereka mengapresiasi diri
mereka menerusi karya yang berikut:
Saya selesa dengan perkembangan
tubuh dan kesedaran seksualiti saya.
Saya mampu membina dan
mengekalkan hubungan yang Saya mampu menetapkan had yang
baik dengan rakan sebaya. sesuai dalam perhubungan dengan
rakan-rakan.
Saya bersyukur dengan Saya memahami risiko,
perubahan tubuh saya dan saya tanggungjawab dan kesan
menghargainya. daripada tingkah laku seksual Saya bertindak secara
bertanggungjawab hasil didikan
yang negatif. keluarga yang baik.
AKTIVITI
Dengan menggunakan sumber teknologi maklumat, hasilkan dan pamerkan kreativiti
kamu untuk mengapresiasi diri terhadap perubahan yang dilalui sebagai seorang
remaja. Bagaimanakah prinsip Rukun Negara mampu membentuk peribadi kamu supaya
menjadi remaja yang bertanggungjawab?
INFORMASI
Seksualiti merujuk kesedaran yang menentukan tindakan individu terhadap tingkah
laku seksualnya.
• Guru bertindak sebagai pemudah cara dalam aktiviti dinamika kumpulan 1.1.2
bertemakan remaja bergaya dan berjaya supaya perbincangan murid
berfokus kepada ciri-ciri perubahan diri sebagai remaja berjaya.
4

