Page 17 - SK Tahun 6 Pendidikan Kesihatan
P. 17
Pilihanku Tepat
Haiqal menghasilkan puisi tentang beberapa contoh situasi yang mendorong
tingkah laku seksual serta cara menanganinya dalam buku skrap. Lagukan
puisi mengikut kreativiti sendiri.
Pilihanku
Jika bersendiri kupilih tidak melayari
Perkara yang mencemarkan jiwa dan hati
Walau mata berpeluang melihat dosa
Tapi elakkan diri demi maruah keluarga
Jangan sesekali lari dari rumah
Pilihlah keluarga yang menyayangi kita
Rakan yang baik mencipta kebaikan bersama
Pilihlah yang tidak membinasakan kita
Bukalah minda lihatlah dunia
Bayi dibuang bagaikan tidak berharga
Maksiat terjadi di mana-mana
Salah siapa banteras bersama
Segalanya bermula dari kita
Peliharalah iman, diri dan keluarga
AKTIVITI KBAT
Berikan contoh situasi yang mendorong kepada tingkah laku seksual. Kemudian,
cadangkan cara menanganinya serta kesan kepada diri dan keluarga jika tidak ditangani
dengan betul.
1.2.1
• Minta murid mencadangkan situasi lain berserta cara menanganinya dan 1.2.3
kesan kepada diri serta keluarga.
• Guru mencadangkan beberapa aktiviti lain.
9

