Page 79 - SK Tahun 2 Bahasa Melayu (Jilid 1)
P. 79

Menulis


                                                     Tokoh Seni























                  Profesor Doktor Siti Zainon binti Ismail ialah tokoh seni

                  negara kita. Beliau dilahirkan pada 18 Disember 1949. Beliau
                  dilahirkan di Gombak, Kuala Lumpur.

                       Profesor Doktor Siti Zainon sangat meminati bidang seni
                  lukis. Selain itu, beliau juga minat menulis buku tentang seni.

                  Dewan Bahasa dan Pustaka menerbitkan banyak buku
                  beliau seperti buku yang bertajuk Percikan Seni dan Tekstil

                  Tenunan Melayu.
                       Seterusnya, Profesor Doktor Siti Zainon membuat banyak

                  pameran hasil seninya di luar negara. Beliau pernah
                  mempamerkan hasil lukisannya antaranya di Filipina, India,

                  Perancis dan Australia.
                       Minatnya itu mendapat penghargaan daripada beberapa

                  pihak. Buktinya, beliau menerima banyak anugerah kesenian.
                  Antaranya ialah Hadiah Lukisan Batik MAHA (1967 dan 1968)

                  dan Anugerah Budayawan Selangor (2009).


                           Aktiviti           (Sumber: diubah suai daripada http://laman.dbp.gov.my)



                  Menulis ayat yang diimlakkan dengan ejaan yang betul.

                    Nota Guru    •   Bimbing murid mengenal pasti ejaan dan memahami teks.
                                 Strategi: KB – Mengecam        BCB: Mendengar dengan cekap  3.2.4 (iii)
                                 EMK: Nilai Murni – Menghargai                            BA1: 81–82   71
   74   75   76   77   78   79   80   81   82   83   84