Page 10 - Pengurusan 2020 Induk 26.12.19
P. 10

SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL   2020

                  2.9   LAGU SEKOLAH

                       YOUNG OLYMPIANS
                         Kami wira harapan Malaysia     Kami tidak berputus asa
                         Penuh semangat menjadi juara   Bila hadapi rintangan yang ada
                         Tekun berusaha sedaya upaya    Dengan semangat yang membara
                         Demi SSBJ dan negara tercinta   Kami berjuang sehingga berjaya

                         Bersama-sama kami juangkan     Bersama-sama kami juangkan
                         Pengorbanan demi kecemerlangan   Pengorbanan demi kecemerlangan
                         Tanpa gentar hadapi cabaran    Tanpa gentar hadapi cabaran
                         Atlet terbilang                Kami juara dunia

                         Bersama-sama kami juangkan     Bersama-sama kami juangkan
                         Pengorbanan demi kecemerlangan   Gagah menuju kegemilangan
                         Tanpa gentar hadapi cabaran    Dengan bangga kami katakan
                         Kami juara                     We are The Young Olympians
                                                        Young Olympians!

                                                        Lagu : Dato' Wah Idris
                                                        Lirik : PIBG SSBJ

                  2.10  SEJARAH SEKOLAH

                    Sekolah Sukan Negara, Bukit Jalil telah ditubuhkan pada 1 Januari 1996. Sekolah ini dibin a di atas tapak seluas
                  5.7 hektar (14 ekar) bertempat di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Tapak sekolah ini terletak dalam kawasan Kompleks Sukan
                  Negara dan bersebelahan dengan Majlis Sukan Negara, Malaysia. Perkataan ‘Negara” dalam nama sekolah kemudian
                  digugurkan kerana kerajaan akan membin  a beberapa buah sekolah sukan yang lain seperti di negeri Johor dan
                  Sarawak. Sekolah sukan yang pertama dalam sejarah pendidikan di Malaysia ini, dikenali dengan nama Sekolah Sukan
                  Bukit Jalil (SSBJ), Kuala Lumpur.

                     Projek pembin aan sekolah sukan mendapat kelulusan daripada Unit Perancang Ekonomi (UPE) Jabatan Perdana
                  Menteri untuk dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia ke-6. Objektif penubuhannya adalah untuk memberi peluang
                  kepada atlet-atlet yang masih di bangku sekolah supaya mendapat latihan yang lebih bersistematik dan menerima
                  pendekatan  sukan  yang  saintifik  sepanjang  tahun  persekolahan  mereka.  Pemilihan  atlet  ke  SSBJ  dibuat  melalui
                  pencapaian  cemerlang  semasa  Kejohanan  MSSM  dan  Ujian  Pengesanan  Bakat  serta  prestasi  yang  baik  dalam
                  akademik.

                     Kini, SSBJ menempatkan atlet dari Tingkatan 1 hingga Prauniversiti bagi 28 jenis sukan termasuk 8 sukan teras.
                  Kurikulum  akademik  masih  mengikuti  Sukatan  Pelajaran,  Kementerian  Pelajaran  Malaysia  dan  menduduki
                  peperiksaan PT3 dan SPM. Atlet yang berjaya ke skuad negara atau berpotensi akan diberi peluang mengikuti Program
                  Prauniversiti
                  selepas SPM.

                                                       Pengetua SSBJ

                                                   1. EN. RAMLI BIN MAIDIN
                                                  (1 JAN 1996 – 15 JUN 1996)

                                                2. TUAN HAJI ABDULLAH BIN ALI
                                                (1 DIS 1996 – 31 OKTOBER 1997)

                                                3. EN. AZHARI BIN AWANG MAT
                                                  (1 JAN 1998 – 15 APRIL 1999)

                                              4. EN. JALALUDIN BIN HAJI OTHMAN
                                               (16 JUN 1999 – 31 OKTOBER 2004)

                                                   5. EN. SAIDIN BIN OSMAN
                                                  (1 JAN 2005 – 31JULAI 2007)

                                            6. DATUK CHIN LENG SIM@MARINA CHIN
                                               (1 OGOS 2007 – 5 NOVEMBER 2014)

                                                   7. EN. ASMAD BIN AHMAD
                                                  (16 DIS 2014 –  7 OGOS 2019)

                                                   8. EN. ITHNIN BIN MAHADI
                                                 (13 OGOS 2019 – SEKARANG)

                                                              9
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15