Page 7 - Pengurusan 2020 Induk 26.12.19
P. 7
SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL 2020
1.0 PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (2013 - 2025)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dibangunkan berdasarkan standard pendidikan antarabangsa, peningkatan
aspirasi negara, dan harapan ibu bapa serta masyarakat dalam mempersiapkan generasi muda untuk menghadapi
keperluan abad ke-21. Pelan ini bersandarkan tiga objektif khusus, iaitu:
- memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia
- mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem pendidikan dan setiap murid
- menggariskan program transformasi sistem pendidikan.
Pelan ini bertujuan membin a suatu sistem pendidikan yang komited untuk membangunkan murid secara holistik demi
membentuk dan memperkukuhkan lagi asas perpaduan rakyat Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan:
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaandan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara”.
1.1 Lima Aspirasi Sistem Pendidikan Malaysia
Akses 100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan daripada prasekolah
hingga menengah atas menjelang tahun 2020
Kualiti Negara dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa
seperti TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun
Ekuiti 50% pengurangan dalam jurang pencapaian (bandar-luar bandar, sosioekonomi,
gender) menjelang tahun 2020
Perpaduan Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada
kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian
Kecekapan Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid mengikut peruntukan sedia
ada
1.2 Enam Aspirasi Murid
Enam ciri utama yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing pada peringkat global
Setiap murid akan mempunyai
K emahiran K emahiran
memimpin dwibahasa
K emahiran E tika dan
berfikir kerohanian
Murid
P I
engetahuan dentiti nasional
6

