Page 31 - tmp
P. 31
SMK Seri Tasik 30
[Mukadimah]
SMKST adalah institusi pendidikan untuk memperkembangkan ilmu dalam
pelbagai bidang seperti kokurikulum dan sahsiah pelajar. Adalah diharapkan
pelajar-pelajar yang tamat pendidikannya di sekolah ini akan menjadi insan
terdidik dan mendapat pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu bagi
melengkapkan diri sebagai warganegara yang berguna kepada agama, asyarakat,
bangsa dan Negara.
Adalah untuk melahirkan individu yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia
dan berwawasan
Objektif :
❖ Melaksanakan Dasar Pendidikan Negara dan melahirkan generasi yang
berilmu pengetahuan dan seimbang daripada segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
❖ Memberi peluang sepenuhnya kepada pelajar-pelajar untuk mendapat ilmu
pengetahuan dan pendidikan yang sempurna sama ada dalam bidang
kurikulum, kokurikulum dan sahsiah.
❖ Melahirkan semangat bekerjasama serta sikap bertoleransi di antara guru
dan murid, guru dengan ibu bapa dan memupuk hubungan yang rapat
antara sekolah dengan masyarakat.
❖ Mengembeling tenaga semua warga SMKST untuk menjamin pencapaian
tahap disiplin yang tinggi di kalangan pelajar-pelajar dan sentiasa berusaha
untuk meningkatkan prestasi akademik dan juga kegiatan kokurikulum.

