Page 28 - tmp
P. 28
SMK Seri Tasik 27
[Mukadimah]
VISI
SMK SERI TASIK
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara
Sejahtera.
MAKSUDNYA
Murid SMKST berpotensi mendapatkan Pendidikan berkualiti berdasarkan beberapa
faktor. Antaranya tenaga pengajar yang b erpengalaman, kemudahan insfrastruktur
dan persekitaran yang kondusif, mempunyai daya juang dan daya saing yang tinggi,
sentiasa mesra kepada perubahan semasa, peka kepada arus permodenan,
bertanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga, agama serta mempunyai sahsiah
terpuji. Mampu menonjolkan bakat sendiri dan mampu berdikari dalam apa jua
keadaan. Mengambil kira 6 aspirasi murid dalam PPPM. Hasilnya, Malaysia menjadi
sebuah negara yang aman damai, maju dan mempunyai masyarakat berkualiti yang
bersatu padu
MISI
SMK SERI TASIK
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti
Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi
Memenuhi Aspirasi Negara.
MAKSUDNYA
Murid SMKST mampu berperanan mengekalkan sistem pendidikan selari dengan
hasrat KPM, mampu mencapai darjah kecemerlangan yang tinggi serta menjadi model
insan kelas pertama bertaraf dunia. Murid SMKST mampu mengasah bakat dan
potensi diri dalam semua bidang sama ada bidang akademik, koakademik, sukan dan
sahsiah diri, mempunyai potensi dan bakat yang akan dapat memberi sumbangan idea
dan tenaga bagi memenuhi kehendak dan harapan negara seterusnya membantu
negara maju dan sejahtera di persada dunia
MOTO
SMK SERI TASIK
Berakhlak, Berilmu, Berwawasan

