Page 103 - BUKU PENGURUSAN SMKTM 2022
P. 103
6. Memastikan borang-borang kokurikulum yang digunakan dikemaskini dan mencukupi.
7. Mengenal pasti guru dan murid yang berpotensi dalam aktiviti kokurikulum dan mengadakan latihan dengan
mereka
S/U SUKAN
1. Menyelaraskan semua aktiviti sukan sekolah.
2. Menyediakan takwim dan aktiviti sukan yang sesuai dengan aktiviti MSSD / MSSN / MSSM.
3. Membantu Pengetua mengagih tugas baru dalam olahraga dan permainan.
4. Menetapkan murid dalam Rumah Sukan.
5. Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti dan peralatan.
6. Menyelaraskan penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan luar sekolah.
7. Mengurus dan menjaga keselamatan semua peralatan sukan sekolah.
8. Menyimpan dan mengemaskini buku stok dan inventori peralatan sukan.
9. Menyediakan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan sukan.
10. Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktiviti sukan sekolah dan luar sekolah untuk edaran, rujukan
dan rekod.
11. Sentiasa berbincang dengan Pengetua/Penolong Kanan Kokurikulum untuk kepentingan sukan sekolah.
12. Merekodkan pencapaian cemerlang murid dan pasukan sekolah dalam Buku Rekod Pencapaian Sukan
Sekolah.
13. Menghadiri kursus dari masa ke masa untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran diri.
JAWATANKUASA PENGURUSAN KOKURIKULUM SEKOLAH
1. Merancang aktiviti sekolah (Rancangan Jangka Panjang / Pendek).
2. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 4 kali setahun.
3. Menentukan peraturan kokurikulum sekolah.
4. Menentukan takwim dan jadual aktiviti.
5. Memastikan penglibatan murid menyeluruh.
6. Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum peringkat daerah / negeri /
kebangsaan.
7. Memastikan guru mematuhi takwim dan jadual kokurikulum.
8. Menentukan tarikh Kejohanan Olahraga Sekolah, Merentas Desa, Hari Kecemerlangan Kokurikulum dan
kegiatan lain.
9. Menilai aktiviti kokurikulum dan membuat laporan tahunan.
10. Memastikan konsep sukan untuk semua dan sukan untuk elit dilaksanakan di sekolah.
11. Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukan kewangan yang akan digunakan.
12. Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan murid yang telah menunjukkan prestasi
cemerlang dalam bidang masing-masing.
13. Memastikan semua tempat dan alat selamat digunakan oleh murid.
101

