Page 106 - BUKU PENGURUSAN SMKTM 2022
P. 106
PENGERUSI KOPERASI
1. Mempengerusikan semua mesyuarat lembaga.
2. Menandatangani dan mengesahkan minit mesyuarat lembaga
3. Memperakui cabutan dan salinan dari rekod koperasi menurut peraturan bersama setiausaha melalui satu
akuan yang bertarikh dan ditandatangani
4. Memanggil sendiri atau melalui setiausaha, mesyuarat lembaga bila perlu
5. Mengarahkan jawatan kuasa audit dalaman supaya memeriksa buku, rekod dan dokumen koperasi pada
bila-bila masa dan melaporkan kepada lembaga
6. Menandatangan permohonan pendaftaran kepada pindaan undang-undang kecil dan dokumen lain yang
berkaitan bersama dua anggota lembaga
7. Menyelia secara am pentadbiran, hal ehwal dan pekerja koperasi
SETIAUSAHA KOPERASI
1. Memanggil dan menghadiri mesyuarat agung, mesyuarat lembaga dan mesyuarat jawatankuasa
dan menyampaikan segala laporan dan dokumen untuk pertimbangan mesyuarat
2. Merekodkan perjalanan dan keputusan mesyuarat
3. Menyenggara dan mengemaskini semua daftar anggota, daftar penama, buku dan laporan yang
dikehendaki oleh Lembaga
4. Menguruskan surat- menyurat sebagaimana yang diarahkan oleh Lembaga
5. Mengesahkan bersama pengerusi salinan segala perkara yang bertulis di dalam buku koperasi
6. Menyimpan dan menjaga dengan selamatnya mohor koperasi.
7. Menjalankan tugas lain yang ditentukan oleh Lembaga dari semasa ke semasa (mana-mana tugas
setiausaha boleh diamanahkan kepada pengerusi tertakluk kepada persetujuan lembaga)
BENDAHARI KOPERASI
1. Mengendalikan semua urusan perdagangan dan perindustrian koperasi mengikut dasar yang ditetapkan
oleh Lembaga.
2. Menerima dan menjaga semua wang yang diterima oleh koperasi dan membuat pembayaran mengikut
arahan Lembaga
3. Menyimpan ke dalam bank atas nama koperasi semua wang yang diterima dalam tempoh 24 jam hari
bekerja daripada penerimaannya.
4. Mengeluarkan resit, menyediakan baucer dan surat lain mengikut arahan Lembaga
5. Menyimpan dalam Akaun Wang Runcit , wang sebanyak yang diluluskan oleh Lembaga untuk memenuhi
perbelanjaan runcit dan perbelanjaan yang dibuat daripada akaun ini boleh diganti seberapa kerap yang
perlu.
6. Menyenggara dan menyimpan akaun koperasi dengan sempurna dan kemaskini supaya dapat diperiksa
pada bila-bila masa oleh pihak berkuasa yang berkenaan.
7. Menyediakan akaun tahunan dan laporan tahunan koperasi untuk dibentangkan dalam mesyuarat
Lembaga
8. Menyediakan belanjawan tahunan koperasi dalam bentuk yang menunjukkan dengan jelas segala butiran
perbelanjaan dan pendapatan untuk ditimbang oleh Lembaga sebelum dibentangkan dalam mesyuarat
agung tahunan
9. Menyediakan penyata pendapatan dan perbelanjaan koperasi yang benar dengan secara dibutirkan satu
persatu bagi sesuatu tempoh sebagaimana yang dikehendaki oleh Lembaga untuk dibandingkan dengan
belanjawan bagi tempoh berkenaan yang telah diluluskan oleh mesyuarat agung
PENGURUS BELIAN
1. Membuat tinjauan keperluan warga sekolah
2. Mencari peluang untuk promosi barangan baru bagi pihak koperasi
3. Mencadang kepada Lembaga Koperasi barangan / perkhidmatan yang hendak dibeli
4. Menguruskan pembelian barang /perkhidmatan atas permintaan Lembaga
5. Menyerahkan barang belian kepada bendahari untuk urusan merekod stok
6. Menyerahkan invois kepada bendahari dan menyimpan satu salinan untuk fail sendiri
7. Menyimpan buku log belian
8. Mengemaskini buku log belian
9. Membuat laporan bulanan untuk belian
10. Menyediakan dan membuat laporan belian dalam mesyuarat ALK
11. Memastikan borang-borang yang berkaitan belian digunakan
104

