Page 107 - BUKU PENGURUSAN SMKTM 2022
P. 107

PENGURUS JUALAN
                   1.   Menerima stok untuk jualan mingguan / bulanan dari bendahari dan memohon tambahan stok untuk
                       jualan dari pengurus stok
                   2.   Menetapkan harga jualan berdasarkan keputusan ALK
                   3.   Menguruskan jualan harian di kedai koperasi
                   4.   Melantik pembantu jualan di kedai koperasi
                   5.   Menyediakan jadual bertugas harian untuk jurujual
                   6.   Mengira dan merekodkan hasil jualan harian / bulanan
                   7.   Menyerahkan wang tunai hasil jualan harian kepada bendahari
                   8.   Memastikan hanya guru atau murid yang bertugas sahaja berada di koperasi semasa jualan berlangsung
                   9.   Menyediakan dan membuatkan laporan jualan pada setiap mesyuarat ALK
                  10.   Memastikan borang-borang berkaitan jualan digunakan

                                                    PENGURUS PROMOSI
                   1.   Membuat promosi barang-barang yang dibeli oleh Pengurus Belian melalui pamplet, perhimpunan atau
                       blog koperasi
                   2.   Membantu pengurus pendaftaran ahli membuat promosi untuk menambah keahlian
                   3.   Membantu setiausaha merancang program-program tahunan koperasi

                                                        DAFTAR AHLI
                    1.  Membuat dan menyediakan borang pendaftaran ahli
                    2.  Membantu bendahari mengagihkan dividen kepada ahli
                    3.  Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan semasa mesyuarat Lembaga
                    4.  Menceriakan koperasi

                                                         JURU AUDIT
                   1.   Memeriksa dan mengaudit akaun-akaun dan rekod-rekod relevan koperasi secara bulanan dan
                       memaklumkan Lembaga sebarang perkara yang luar biasa yang diperoleh semasa pemeriksaan dan
                       pengauditan
                   2.   Mengaudit dan memberi laporan mengenai penyata kewangan yang dikemukakan oleh Lembaga selepas
                       tamatnya tahun kewangan
                       2.1 Memberi laporan
                       2.2 Sama ada penyata kewangan atau memberi gambaran sebenar dan saksama tentang transaksi
                       kewangan dan kedudukan hal ehwal koperasi
                       2.3 Perkara lain yang berbangkit daripada pengauditan sebagaimana yang difikirkan patut dilaporkan
                   3.   Membuat pernyataan dalam laporannya sama ada rekod perakaunan dan rekod-rekod lain yang
                       sepatutnya telah disimpan penerimaan, perbelanjaan dan pelaburan wang dan perolehan dan pelupusan
                       aset oleh koperasi dalam tahun itu adalah mengikut akta, peraturan dan undang-undang kecil koperasi
                   4.   Melapor pada bila-bila masa kepada koperasi tentang apa-apa perkara yang berbangkit daripada kerja
                       pengauditan
                   5.   Memastikan pengauditan akaun koperasi akan mengambil penelitian mengenai hutang belum jelas ( jika
                       ada), nilaian aset ( jika ada ) dan liabiliti koperasi



















                                                                                                              105
   102   103   104   105   106   107   108   109   110   111   112