Page 5 - JHEAIK ANUAL REPORT E Book
P. 5

LAPORAN TAHUNAN 2021








          Bismillahirrahmanirrahim, segala puji dipanjatkan kehadrat Allah SWT, Selawat dan

          salam buat junjungan Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda serta para saha-
          bat yang mendokong perjuangan baginda sehingga ke hari akhirat.


          Ingin saya menyatakan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Ilahi kerana menigiz-

          inkan saya untuk membingkiskan kalam perutusan dalam Laporan Tahunan Jabatan
          Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2021. Saya turut menza-
          hirkan setinggi-tinggi tahniah dan sekalung ucapan terima kasih kepada pihak Jabatan
          Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman (JHEAIK) di atas pelaporan

          yang disediakan dan melakar kejayaan terhadap pelaksanaan perancangan yang diren-
          canakan dengan jayanya.


          Umum mengetahui bahawa Pelan Pembangunan Kedah 2035 yang bertemakan “ Se-

          jahtera dan Berdaya Huni “ telah menjadi wawasan pentadbiran kerajaan dalam usa-
          ha menjadi sebuah negeri yang berdaya maju dan kompetitif di peringkat nasional dan
          global.



          Salah satu fokus teras kerajaan adalah berkaitan keseimbangan modal insan dan bakat.
 ”        Inisiatif utama teras ini adalah dengan mengembangkan Pusat Kecemerlangan Is-
          lam Kedah dengan objektif yang jelas iaitu meningkatkan kecemerlangan modal insan
          melalui pembangunan masyarakat yang menyeluruh. Dalam soal ini, peranan pihak

          JHEAIK amat ditagih untuk merealisasikan strategi kerajaan bagi mencapai piawaian
          yang disasarkan.


           Sewajarnya peranan pihak JHEAIK sebagai institusi yang mempunyai autoriti dalam
           pentadbiran Hal Ehwal Islam di negeri Kedah diberikan penghargaan dan pujian ker-

           ana berupaya menggalas tanggungjawab menguruskan pengurusan hal ehwal agama di
           negeri ini dengan baik sekali terutama disaat pandemik Covid-19 melanda.


           Berdasarkan Laporan Akhir Tahun JHEAIK, saya berasa bangga dan gembira dengan

           pencapaian prestasi yang telah dipamerkan. Saya berdoa agar lebih banyak kejayaan
           yang dapat dilakarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul
           Aman pada masa hadapan. Dengan kerjasama yang padu dan matlamat yang terancang
           pastinya akan membuahkan hasil.



           Wassalam.



                                                                                            JHEAIK          5
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10