Page 6 - JHEAIK ANUAL REPORT E Book
P. 6

2021     LAPORAN TAHUNAN


                                         SEKAPUR SIREH


                                         SEULAS PINANG















               Bismillahirrahmanirrahim, dengan lafaz Ahlamdulillah, saya merafak puji dan syukur

               kepada Allah S.W.T. atas taufik dan inayahnya yang berpanjangan kepada kita semua.
               Selawat dan salam ke atas penghulu nabi dan rasul, Nabi Muhammad S.A.W. juga
               buat ahli keluarga dan sahabat baginda.


               Sekalung tahniah diucapkan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah

               Darul Aman (JHEAIK) atas penerbitan Buku Laporan Tahunan Jabatan Hal Ehwal
               Agama Islam Negeri Kedah bagi tahun 2021.



               Sebagai institusi yang menjadi tonggak kepada pengurusan dan pentadbiran hal ehwal
               Islam di negeri Kedah Darul Aman, saya kira laporan ini amat wajar diterbitkan ker-
               ana ianya merupakan salah satu wadah penyampaian kepada “stake-holder” mengenai
               tugas, peranan dan aktiviti serta program yang dijalankan oleh JHEAIK sepanjang
               tahun 2021.



               JHEAIK perlu sentiasa bergerak seiring dengan perkembangan dan kehendak semasa
               daripada pelanggan. Justeru, JHEAIK perlu terus merangka agenda pemantapan dan
               pengukuhan penyampaian perkhidmatan seiring dengan dasar-dasar semasa di pering-
               kat kerajaan negeri.



               Jentera sokongan juga perlu sentiasa disuntik dengan semangat dalam melaksanakan
               tugasan agar dapat memacu aspirasi jabatan serta meningkatkan mutu hasil kerja.
               Teruskan melakar kejayaan dan kecemerlangan menerusi instrumen-instrumen yang

               menjadi “core business” kepada agensi ini.


               Saya berharap agar JHEAIK dapat terus mengadaptasi segala perancangan yang di-
               garap dari semasa ke semasa berbekal nilai keimanan dan keikhlasan dalam sanubari

               setiap warga kerjanya. Semoga segala keringat yang dicurahkan menjadi nilaian di
               dalam neraca timbangan di akhriat nanti.





           6      JHEAIK
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11