Page 8 - JHEAIK ANUAL REPORT E Book
P. 8
2021 LAPORAN TAHUNAN
SERANGKAI KATA
SEUNTAI BICARA
Alhamdulillah, setinggi-tinggi pujian dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T. atas segala
limpahan kurnianya. Selawat dan salam buat insan teragung, junjungan besar Nabi
Muhammad S.A.W. serta seluruh ahli keluarga dan sahabat baginda.
Pada kesempatan ini saya merakamkan rasa syukur tidak terhingga kerana buku Lapo-
ran Tahunan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) bagi tahun
2021 dapat disempurnakan dan diterbitkan buat julung kalinya pada tahun ini.
Sekalung tahniah saya ucapkan kepada sidang redaksi atas segala usaha dan tenaga
yang dicurahkan dalam memastikan buku laporan ini dapat disiapkan dengan jayanya.
Buku laporan ini diharap dapat menterjemahkan segala gerak kerja yang telah dilak-
sanakan oleh jabatan ini sepanjang tahun 2021 dalam rencana pembangunan dan pe-
mantapan ummah secara komprehensif dan holistik merangkumi aspek pentadbiran,
dakwah, undang-undang, pendidikan, kekeluargaan dan pengurusan institusi masjid
dan surau.
Pada masa yang sama buku laporan ini juga diharap dapat menjadi penanda aras da-
lam merangka dan mencorak landskap pengurusan dan pentadbiran hal ehwal Islam
di negeri Kedah Darul Aman serta menjadi pemangkin dalam mendokong aspirasi
perjalanan organisasi ini pada masa akan datang.
Saya menyeru seluruh warga JHEAIK agar terus mengorak langkah dengan penuh se-
mangat dan iltizam memberikan perkhidmatan terbaik sehingga kita menjadi insan ter-
baik sebagaimana sabda junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud :
“Dan sebaik-baik manusia adalah yang paling banyak
memberi manfaat kepada orang lain”
– HR At-Tabrani.
8 JHEAIK

