Page 10 - BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG SKKKB 2021
P. 10
7. Beliau juga memaklumkan jika Encik Siri Vickneshwaran dapat mempertimbangkan
pemasangan bumbung di hadapan balai pengawal samada pondok atau laluan susur gajah
untuk murid-murid menunggu ibu bapa ketika pulang daripada sekolah.
8. Beliau memetik kata-kata Pn. Hariani binti Mohd Hamdan, Guru Besar SKKKB semasa
Majlis Pemuafakatan Ibu Bapa tempoh hari iaitu tabung kewangan PIBG tidaklah begitu
banyak jika hendak dibandingkan dengan sekolah-sekolah yang lebih besar dan ramai
pelajar, tetapi setakat ini dengan sumbangan ibu bapa serta penyumbang-penyumbang
luar, kewangan PIBG SK KKB tidaklah begitu tenat dan masih mampu menampung.
9. Beliau memaklumkan bahawa tahun ini tahun pemilihan tampuk pimpinan dan
jawatankuasa PIBG yang baharu. Untuk itu, beliau mengharapkan hadirin dapat memilih
jawatankuasa bagi tahun 2020 hingga 2022 dengan bijak demi kemajuan dan
pembangunan Sekolah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu.
10. Beliau akhiri ucapan dengan lafaz wabillahitaufik walhidayah w.b.t
UCAPAN PERASMIAN – EN SIRI VICKNEHSWARAN A/L NARAYAN
1. En. Siri Vicknehswaran mengucapkan terima kasih kerana memberi penghormatan kepada
beliau untuk berucap pada hari ini.
2. Beliau mengucapkan tahniah kepada guru besar dan pihak sekolah kerana menggunakan
QR Code sebagai pengganti kertas dalam menyediakan buku program dan pendaftaran.
3. Beliau memohon ibu bapa untuk memberi penghormatan kepada guru-guru di sekolah
kerana tidak mudah untuk menjaga anak-anak, seorang guru perlu menjaga 46 orang
murid.
4. Beliau turut menyatakan bahawa guru-guru menegur anak-anak adalah untuk kebaikan
anak-anak di masa hadapan.
5. Beliau menyatakan bahawa terdapat banyak kes denggi di Kuala Kubu Bharu, Selangor
dan seluruh Malaysia.
6. Beliau juga meminta agar ibu bapa dan guru untuk meluangkan sedikit masa bagi
membersihkan kawasan rumah masing-masing agar dapat menghapuskan pembiakan
nyamuk aedes.
7. Beliau memaklumkan bahawa 28 Januari 2020 sehingga 27 Februari 2020 pihak Majlis
Daerah Hulu Selangor mengadakan Program Publisiti dan Penyertaan Awam.
8. Beliau meminta ibu bapa dan guru untuk membuat semakan dan memberi pendapat
tentang kawasan penempatan masing-masing dan 10 hingga 15 tahun akan datang ibu bapa
dan guru dapat melihat penaikkan taraf di kawasan masing-masing.
9. Beliau juga menyatakan bahawa beliau ingin mengetahui sebab pihak Jabatan Kerja Raya
tidak meluluskan pembinaan bonggol di hadapan sekolah dan akan cuba membuat
permohonan kepada Majlis Daerah Hulu Selangor bagi menjamin keselamatan murid-
murid di sekolah ini.
10. Beliau menyatakan bahawa beliau bersama sahabatnya akan memberikan sumbangan
sebanyak RM2000 untuk mengecat lantai.

